Sunday, May 17, 2009

LINTAH KU SEDANG BER "POSING"




INI POLYTANK BARU...MAMA LINTAH KU PINDAHKAN DI SINI...

VIDEO ...LINTAH KU SEDANG SANTAI

Esklusif...Lintah2 ku....


Polytank yang telah di upgradekan tanahnya....

Hye..kami baru ja dari kampung (beaufort) nak jenguk lintah2 ku yang sedang giat membesar seperti giant..hehehehe..so culz dan akie dah tangkap beberapa pic dan video untuk tatapan semua...just for share ...Alhamdulillah..polytank yang runtuh tanahnya tu dah kami renovate semula...

Tuesday, May 12, 2009

BABY LINTAH


Polytank awal yang tanahnya dah runtuh...didalamnya terdapat cocoon dan baby lintah yang beribu2 lemon...

Pic di atas ni adalah polytank pertama yang kami gunakan. Dalam tanah ni lah berkumpul baby lintah. Tengok tu tanah dia sampai runtuh dikorek oleh induk lintah / baby lintah. So pastikan tanah cukup untuk membuat tukun lintah ni...Hujung minggu ni kalau kami balik ..mungkin kami akan tambah tanah dalam polytank ni ...nak hidupkan suasana sedap mata memandang heheheheheh

Lintah Ku Sudah Beranak Pinak








Baru sebulan setengah pelihara lintah..dah beranak pinak lintah ku ni...so startlah kami memulakan operasi memindahkan induk lintah ke polytank baru..baby lintah ni masih bertapuk dalam tanah..tak leh bising..kalu bising..baby ni tak nak kuar.(mungkin malu2 lagi kot ..hehehhehe)
1. Sediakan polytank baru dengan mediumnya sekali (lihat pic di atas)
2. Ambil belut masukkan dalam sangkar untuk lintah makan. Bila dah penuh badan belut oleh lintah..pindahkan sangkar tu ke polytank baru. Biarkan lintah tu kenyang dan tidak lagi melekat di badan belut baru kita leh operation belut tu untuk pastikan tiada lintah dalam perut belut. (kalu tak di operation belut tu..rugi la kita..mana tau ada 20 ekor lintah dlm perut belut tu).
Ha..gitu ja cara pindahkan lintah ke poly tank baru..Ingat kalu buat medium lintah ..pastikan tanah tu letakkan banyak sket..supaya lintah mudah bertelur ( tanah tu akan runtuh kalu dah start lintah nak bertelur sebab lintah akan mengorek tanah tersebut..dan baby lintah akan berkumpul di situ).. ni ikut pengalaman kami lah...

LINTAH MAKAN KELI...(MESTI TENGOK)


Bermula Pelihara Lintah Hirudinaria Manillensis (Lintah Kerbau @ Sawah)



Gambar di atas ni la tempat kami menternak 800 ekor lintah sekali sumbat....cantek bah kan kami decorate habitat lintah ni...hehhehehehee

1. Start menternak 14 Mac 2009.
2. Beli induk lintah 800 ekor dari Addtech Management.
3. Poly tank - 100 gelen ( 2 unit) - Tapi guna 1 tank ja pun.
4. Spounge - 2 meter ( untuk 3 poly tank )
5. Mosquito Net - 12 kaki
6. Gabsen - 1 unit (Untuk melekatkan spounge) - kalu pakai double sided tape tu confirm ndak melekat.
7. Polytee, batang paip pvc
8. Makanan lintah (belut, keli dan darah ayam/sapi/kerbau

Anggaran kos RM 3000.00 untuk permulaan...harap2 berjaya.
Amin.......................

Kursus Lintah IV - Anjuran Addtech Management



Assalamualaikum....
Kami mula berjinak - jinak dengan lintah ni...apabila Akie mengikuti Kursus Lintah IV di Wisma Perkeso anjuran Addtech Management. Saja - saja ja Akie nak ikut kursus tu....so macam best pulak...iyalah..lintah tu macam tak susah juga jaga ...lagi pun kosnya jauh lebih murah daripada menternak cacing. Sebenarnya Curlz dah servay dan banding kos menternak lintah dan cacing ni...tapi bila di lihat memang lintah jauh lebih murah dan lebih mudah memeliharanya dari pada menternak cacing. Apapun cacing pun lumayan juga...sebab sapa2 yang mentenak cacing tu akan dapat menjana 2 profit..iaitu jual cacing dan hasilkan baja vermikompos. Curlz tahu pasal menternak cacing sebab comnpany tempat Curlz keja tu dah start memproses baja vermikompos. So sapa2 nak tahu pasal ternak cacing ni pun Curlz boleh bagi maklumatnya...
Apapun blog ini diwujudkan oleh kami adalah untuk kami berkongsi segala info kepada penternak2 dan peminat2 lintah di luar sana..terutama mereka yang baru bermula berjinak2 dengan lintah.